Kenapa Dato’ Seri Siti Nurhaliza Padam Video Imbasan Ultrasound Babynya?

Ditengah-tengah kehangatan majlis pernikahan Fattah Amin dengan Fazura yang telah berlangsung di The Ritz-Carlton Kuala Lumpur, malam tadi, tiba-tiba Dato’ Seri Siti Nurhaliza pula memadamkan video imbasan ultrasound baby kandungannya.

Tidak pasti kenapa dia berbuat demikian. Namun, posting video imbasan ultrasound babynya yang telah dimuatnaik beberapa hari yang lalu serta menerima tontonan hampir 500,000 orang ini telah pun dipadamkan.

Video yang turut menerima like daripada Dato’ Aliff Syukri Terlajak Laris serta rakan baiknya Krisdayanti ini menerima hampir 3,000 komen termasuklah daripada Dato’ Seri Vida yang turut berkongsi bahawa waktu dia melakukan scan anak pertamanya dulu, dia sendiri menangis, menitiskan air mata.

Namun, bagi Dato’ Seri Siti Nurhaliza pula kehamilan itu ibarat anugerah terindah yang dikurniakan Allah SWT buat dirinya. Tapi, mungkin kerana tidak mahu terlalu suka, dia telah memadamkan video tersebut.

Apapun, sukar menyatakan jantina babynya menerusi imbasan ultrasound tersebut. Yang penting, baby tersebut selamat dilahirkan dengan sempurna nanti.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

One Comment on “Kenapa Dato’ Seri Siti Nurhaliza Padam Video Imbasan Ultrasound Babynya?”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.