10 Kali Keguguran, Kehadiran Alayna Selma Suatu Rahmat

Ternyata kehadiran si baby Alayna Selma atau lebih mesra digelar Ellie adalah suatu rahmat buat penyanyi, pelakon, chef selebriti, motivator dan usahawan berjaya Dato Fazley Yaakob bersama isterinya, Datin Azrene Soraya Ahmad Aziz.

Mana tidaknya, Alayna Selma adalah suatu penyeri buat kehidupan mereka sekeluarga yang sekian lama mendamba kehadiran bayi perempuan.

Dalam posting Instagram yang dimuatnaik Dato’ Fazley, dia memberitahu bahawa sepanjang 11 tahun usia perkahwinannya dengan Azrene Ahmad, mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki.

Malah, sepanjang tempoh itu juga, Azrene telah 10 kali mengalami keguguran. Namun, akhirnya mereka telah dikurniakan anak perempuan bongsu, Alayna Selma (Ellie).

“Syukur pada Allah SWT…,” katanya.

Tiga cahaya mata lelaki Fazley dengan Azrene adalah Ahmad Fariedz Shah atau Payish, 9, Ahmad Fieradz Shah (Piyash), 8, dan Ahmad Firudz Shah (Piyush), 6.

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply