Fattah, Fazura Kini Suami Isteri!

Laman BH Online melaporkan bahawa pasangan sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, telah selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara malam tadi.

Pasangan itu disatukan kira-kira pukul 9.50 malam disaksikan oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat pasangan tersebut.

Dalam sidang media pada 23 November lalu, Fattah dan Fazura ada memaklumkan bahawa majlis pernikahan akan dibuat secara tertutup itu akan berlangsung dalam masa terdekat manakala resepsi pula akan diadakan pada awal tahun depan.

Team Jambu Batu ucapkan tahniah buat pasangan pengantin baru ini. Semoga berbahagia dan dikurniakan jodoh yang berpanjangan.

 

Sumber BH Online

 

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.