Elyana Seteguh Kalis Peluru, Inspirasi Buat Pesakit Kanser Yang Lain

Saat ini, ramai lagi yang masih bersedih apabila mengetahui bahawa penyanyi Elyana Emrizal sedang bertarung dengan kanser tahap 4. Bagaimana dia mampu tersenyum dan tertawa bagaikan tiada apa-apa yang berlaku sedangkan kanser tahap keempat itu mampu meragut nyawanya?

Kekuatan dan ketabahan yang dimiliki penyanyi  ini memang luarbiasa. Ibarat Kalis Peluru, dia menghadapi segalanya dengan sabar, tenang dan penuh dengan senyuman.

Malah, setenang air di muara, Elyana turut memuatnaik kelengkapan jenazah di akaun Instagramnya, seolah-olah memberi petanda bahawa dia sudah bersedia untuk pergi.

Posting tersebut mengundang rasa sayu yang tiada kesudahan buat peminat dan netizen dan kali ini kekuatan dan ketabahan Elyana lebih dikagumi.

Wajar sekalilah dia menjadi sumber inspirasi buat kita semua terutama sekali pesakit-pesakit yang sedang menderita akibat kanser.

Dalam pada itu, Sinar Online baru sahaja melaporkan bahawa kelab peminat Elyana iaitu Elo FC yang diketuai  Achu Debom bakal merancang mengadakan solat hajat bagi mendoakan Elyana agar sembuh.

Malah, mereka juga turut merancang untuk mengutip dana menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi membantu meringankan kos perubatannya.

Elyana merupakan peserta Gegar Vaganza musim empat yang baru sahaja tersingkir pada malam Ahad lalu.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply