“Saya Adalah Pesakit Kanser Tahap 4…” – Elyana Dedah Rahsia Sejurus Tersingkir Dari GV4

Pastinya semua orang masih terkejut dengan pendedahan Elyana bahawa beliau menghidap kanser tahap empat ketika diumumkan tersingkir daripada musim keempat Gegar Vaganza keempat (GV4), malam tadi.

Siapa yang terlepas boleh tengok video ucapan Elyana sebelum meninggalkan pentas GV4. Anda boleh lihat sendiri, para hadirin termasuk juri dan rakan-rakan peserta GV4 turut terpempan dengan pendedahan Elyana itu.

 

Sejurus selepas berakhirnya siaran langsung, Elyana muncul dalam Facebook live bersama dengan Datuk Seri Vida. Di sini Elyana menyatakan bahawa dia menghidap kanser limfoma (atau lebih dikenali sebagai kanser darah). Menurut Elyana, kanser itu bermula dengan benjolan tapi kini sudah merebak ke seluruh badannya. Kali terakhir Elyana membuat rawatan kimoterapi pada awal tahun ini. Percaya dengan kuasa Allah s.w.t., Elyana kini berusaha mendapatkan rawatan alternatif.

 

Menerusi temubual dengan BH Online, Elyana memberitahu sudah tujuh tahun dia menderita sakit kanser ini. Elyana disahkan menghidap kanser tahap kedua sejurus selepas melahirkan cahaya mata sulung, Cinta Sumayyah.

“Malam in saya rasa inilah masanya untuk saya tidak menyembunyikan apa-apa daripada peminat saya tentang kesedihan saya,” jelas Elyana mengenai aksi spontannya membuat pengumuman mengenai kanser yang dihidapi. Elyana sebelum ini pernah menafikan laporan yang mengatakan dia menghidap penyakit kanser.

 

 

“Doktor beritahu saya ketika itu saya hanya ada setahun untuk hidup. Saya nekad berhenti kimo dan cabar diri saya untuk berjuang. Syukur umur saya panjang sampai hari ini,” katanya kepada BH Online.

“Saya sangat takut nak tidur. Saya ada masalah nak tidur setiap hari. Sebab saya takut saya tak dapat jumpa anak saya esok pagi,” kata Elyana dalam nada sebak.

Menerusi temubual Elyana dengan wartawan ketika sidang media, Elyana menyatakan kadangkala jantungnya terhenti ketika tengah tidur menyebabkan dia memang takut untuk tidur.

 

“Saya tidak pernah fikir saya sakit walaupun saya sakit. Saya nak berjuang  untuk pulihkan diri,” kata Elyana mengingatkan pesakit kanser yang lain agar terus positif berjuang melawan penyakit itu.

Sejurus selepas pengumuman Elyana malam tadi, Instagram Elyana dihujani dengan komen dari peminat dan rakan-rakan artis yang menyatakan rasa sedih mereka, tak kurang juga yang memberikan kata semangat buat Elyana.

IMG_20171127_043517_130.jpg

Kami di Jambu Batu Online doakan semoga Elyana terus bersemangat, tabah dan diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini. Terima kasih kerana akhirnya sudi berkongsi berita ini dengan peminat seni. Semoga Allah permudahkan segala usaha dan ikhtiar Elyana dalam berjuang melawan kanser ini. Keep fighting Nana!

Sumber: BH Online, Facebook Datuk Seri Vida, Youtube Budiey & Instagram Elyana

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

One Comment on ““Saya Adalah Pesakit Kanser Tahap 4…” – Elyana Dedah Rahsia Sejurus Tersingkir Dari GV4”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.