Peminat Bantu Kembalikan Lesen Memandu Azman Adnan

Pernah tak korang terjumpa kad pengenalan atau lesen memandu yang tercicir dan pemiliknya pula adalah seorang selebriti yang korang gemari? Pernah tak?

Rasanya apa yang berlaku kepada Mohd Syazwan di stesen petrol Shell bandar Baru Bangi barangkali boleh disifatkan sebagai kenangan yang terindah buatnya.

Apa tidaknya, di stesen itulah dia terjumpa lesen memandu milik pemain bolasepak lagenda Malaysia dengan Azman Adnan.

Memandangkan Azman Adnan merupakan idolanya, dia telah memviralkan lesen memandu yang tercicir itu dan meminta netizen turut memanjangkan viral tersebut.

Hasilnya, ia sampai ke pengetahuan Azman Adnan dan isterinya Asfarina Muhamad yang juga bekas anggota kumpulan Feminin.

As telah memuatkan naik posting Instagram Mohd Syazwan itu. Katanya, -gara-gara lesen hilang, habis viral.

Apapun, untung juga jadik selebriti. Seban bila sesuatu perkara viral seperti ini, ia cepat sampai kepada pengetahuan mereka.

Jangan cicir lagi ya abang Azman Adnan. Apapun, good job Mohd Syazwan….

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.