Dengan Berat Hati, Lan Undur Diri Dari Kristal

Keputusan untuk mengundurkan diri daripada Kristal bukanlah suatu keputusan yang mudah untuk dibuat oleh Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 32.

Namun, apakan daya. Walau masih sayangkan Kristal, namun keadaan memaksanya untuk berbuat demikian.

Malah, bintang gegar Vaganza Musim 4 (GV4) ini mengakui bahawa mengundur diri mungkin adalah lebih baik.

Dan pada malam selepas berakhirnya konsert GV4, dia telah membuat pengumuman rasmi untuk keluar dari Kristal dengan rasa sebak yang begitu mendalam.

Lan bagaimanapun mengakui bahawa tidak pernah terfikir untuk meninggalkan Kristal, sebaliknya penglibatannya di dalam GV4 hanyalah sekadar projek solo untuk menambah rezeki keluarga.

Dia berharap dengan pengundurannya, peminat Kristal akan terus menyokong band muzik tersebut. Serentak itu, Lan menukar namanya daripada Lan Kristal kepada Lan Solo.

Sumber: Astro Gempak

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply