Akim Jadikan Loga Alleycats Inspirasi Ketika Beraksi di Pentas!

Rocker Amy Search yang pernah menjadi pengetua Akademi Fantasia Musim 9 pernah memberitahu bahawa seseorang artis itu perlu memiliki referensi untuk menjadi seseorang penyanyi rakaman, apatah lagi ketika beraksi di atas pentas.

Akim & The Majistret yang kini semakin popular dengan Lagu Untuk Laila sama sekali tidak menafikan akan hal itu serta mengakui bahawa setiap seorang daripada mereka mempunyai referensi tertentu untuk membentuk kerjaya seni muzik mereka di dalam industri ini.

Namun, bagi penyanyi utamanya iaitu Akim sendiri, dia sentiasa menjadikan mendiang Loga iaitu vokalis kedua Alleyscats yang juga adik kepada Datuk David Arumugam sebagai sumber inspirasinya.

“Saya memang meminati mendiang Loga. Saya suka dengan cara dia beraksi. Sangat menghiburkan tetapi bersahaja.

“Style dia itu cuba saya terapkan di dalam diri saya apabila beraksi di atas pentas .  Saya mahu penonton rasa terhibur dengan apa yang kami persembahkan kerana apabila mereka terhibur energy yang mereka berikan itu membuatkan kami lebih bersemangat lagi untuk terus beraksi,” katanya kepada Jambu Batu Online.

Dalam perkembangan lain, Akim & The Majistret bakal mengadakan konsert solo pertama mereka di Esplanade, Singapura pada 26 Januari 2018 nanti.

Dianjurkan Adia Media PTE LTD, konsert ini nanti bakal menyaksikan Akim & The , Majistret membawakan 18 lagu termasuklah Potret, Mewangi, Obses dan banyak lagi.

Tiket-tiket berharga $148 (Kategori 1), $108 (Kategori 2), $88 (Kategori 3), $66 (Kategori 4), $48 (Kategori 5 – pemandangan terhad). Tiket-tiket boleh dibeli secara online di www.apactix.com.

Bagi pembeli tiket kategori 1, anda berpeluang menghadiri sesi meet & greet bersama Akim & The Majistret.

 

 

 

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.