Wajah Kavita Sidhu dan Hubby Dah Macam Adik-Beradik!

Orang tua-tua selalu kata, wajah suami isteri kalau lama-lama nampak seiras, itu tandanya mereka sejuk dan serasi bersama.

Ha… inilah yang berlaku terhadap model dan pelakon jelita Kavita Sidhu. Dalam satu posting Instagram, Kavita telah memuat naik gambarnya bersama suaminya Roberto Guiati.

Menariknya, dalam gambar tersebut, wajah dia dengan suaminya nampak betul-betul seiras. Malah, Kavita sendiri turut memuatkan kapsyen yang cukup menarik pada posting gambar tersebut.

Kata Kavita: “Pelik rasanya apabila kami mula kelihatan seperti adik-beradik. Eeeek!

Gambar dan kapsyen tersebut berjaya menarik perhatian ramai netizen. Kebanyakan mereka mengakui  bahawa wajah Kavita dan suaminya nampak serupa. Masing-masing berpendapat ia sesuatu yang positif dan menandakan bahawa jiwa dia dan suaminya benar-benar sudah menyatu,

Kavita mengahwini Roberto Guiati yang juga seorang ahli Geologi kelahiran Itali pada Januari 2016.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply