Happy Anniversary Ke-10 Buat Anita Baharum & Ismadi

Diam tak diam dah 10 tahun dah pelakon Anita Baharum mendirikan rumahtangga dengan penerbit program TV,  Mohamad Ismadi Dhia Iskandar.

Team Jambu Batu Online perasan pun bila pasangan suami isteri ini menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10 pada 25 November lalu.

Bertempat di restoran Bubba Gump, Anita yang juga pelakon drama bersiri popular Keluarga Iskandar ini memberitahu bahawa dia dan suami telah pun melalui susah senang bersama, namun itulah mereka.

Sementara Ismadi pula mengucapkan terima kasih kepada Anita.

“Terima kasih kerana sabar dengan saya dan anak-anak. Semoga dipermudahkan kehidupan kita dan dilimpahi berkat dan dirahmatNya. Amin,” katanya.

Anita dan Ismadi meraikan hari ulangtahun perkahwinan mereka itu bersama tiga cahaya mata mereka iaitu Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Mikail.

Mereka sekeluarga nampaknya begitu happy meluangkan masa yang penuh berharga itu. Team Jambu Batu Online ucapkan tahniah buat Anita dan Ismadi. Mudah-mudahan, perkahwinan kalian berdua akan terus kekal bahagia hingga ke jannah.

 

Anita1anita5anita2

 

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply