Terpalit Isu Panas Dengan Nabil, Chef Wan Dapat Anugerah Lagi

Di sebalik kemelut yang berlaku di antara dia dengan hos Gegar Vaganza Musim 4, Nabil beserta dengan caci maki segelintir masyarakat yang tidak begitu senang dengan sikapnya yang lantang bersuara apabila memperkatakan sesuatu, Prof. (Dr) Dato’ Chef Wan telah di anugerahkan Honorable Role Model dari Worlwide Excellence Award 2017.

Dianjurkan Busines Circle, pengiktirafan tersebut diterima dalam satu majlis yang cukup meriah yang telah berlangsung di Hotel Sunway Lagoon, malam tadi bersaksikan YB Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said selalu tetamu kehormat.

Chef adalah antara 30 penerima anugerah di antara 100 individu serta syarikat korporat yang dicalonkan atas kejayaan yang diraih merekadi dalam bidang kerjaya masing-masing.

Kata Chef Wan, dia sama sekali tidak menyangka bahawa dia akan terpilih untuk menerima anugerah tersebut. Namun kejayaan itu disifatkan sebagai usaha keras, penat lelah serta pengorbanan yang dilakukan dan tiada siapa yang melihat atau menilainya kecuali Allah SWT.

“Berpeganglah kepada intergriti jika kita mahu meraih penghormatan daripada orang lain. Segelintir manusia fikir rasa hormat itu datang dari segala kurniaan pingat mahu pun anugerah yang berjela-jela.

“Sebenarnya rasa hormat itu datang dari perbuatankita sendiri serta ketelusan dan kejujuran,” katanya dalam posting Instagramnya.

honor3honor4

 

 

 

 

 

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.