Sah! Fattah dan Fazura Sudah Bertunang

Fattah Amin mengesahkan bahawa dia dan Fazura telah bertunang pada 13 November 2017, sekaligus menafikan segala spekulasi yang menyatakan bahawa mereka sudah bernikah sebelum berangkat ke Mekah bersama keluarga mereka pada 15 November yang lalu.

“Kami tidak bernikah di Mekah. Kami belum bernikah. Belum ada lagi perbincangan untuk majlis resepsi, tidak seperti yang dilaporkan akhbar. Apa yang kami dah rancang adalah untuk pergi daftar kursus kahwin dan segala proses untuk berkahwin..macam orang lain juga,” jelas Fattah dalam satu sidang media yang diadakan di Royale Chulan Kuala Lumpur pada petang tadi.

Tarikh dan tempat untuk majlis pernikahan belum ditetapkan. Tapi Fazura ada menyatakan kemungkinan ianya akan diadakan pada tahun depan.

 

Nantikan berita selanjutnya dari Team Jambu Batu Online.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

One Comment on “Sah! Fattah dan Fazura Sudah Bertunang”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.