Rocketfuel Mahu Kuasai Pasaran Digital Secara Global

Baru sahaja ditubuhkan beberapa bulan dengan memiliki 125 bakat termasuklah penyanyi, pelakon, personaliti radio dan televisyan, namun Rocketfuel Entertainment sudah pun merangka strategi untuk menjadi pengurusan bakat hiburan merentasi sempadan global.

Antaranya ialah Aaron Aziz, Lisa Surihani, Nabil, Zizan Razak, Nabil, Hafiz, Stacy dan ramai lagi.

Namun pendekatan yang digunakan adalah lebih terancang dan berbentuk holistik iaitu dengan menumpukan kepada pengurusan bakat dan kandungan berbentuk digital.

Suatu pendekatan yagng boleh dianggap bijak apabila dunia digital kini  semakin  menguasai pelbagai jenis bentuk sektor dan komoditi di Malaysia termasuklah bidang hiburan serta showbiz.

Naib Presiden hiburan Rocketfuel yang digelar Admiral Murali ‘Moots’ Marimuthu berkata, Rocketfuel menggunakan pendekatan holistik dengan menubuhkan organisasi pengurusan bakat yang dinaungi personaliti berpengaruh serta mempunyai pengikut yang ramai di platform digital dan sosial media.

“Oleh kerana pendekatan pemasaran bakat pada hari ini, lebih bersifat fragmen, maka pendekatan yang lebih padu serta holistic seperti ini kami dilakukan.

“Dengan kata lain, kami adalah  rumah bakat hiburan yang menawarkan pemasar dengan duta jenama paling berpengaruh serta memiliki jangkauan terluas di di platform digital dan media sosial dan bakat-bakat yang kami miliki ini adalah sebahagian influencer-influencer Rocketfuel Entertainment.

“Bakat-bakat yang berada dibawah naungan Rocketfuel serta kandungan-kandungan IPnya mempunyai jangkauan media sosial lebih 36 juta dan kami memiliki barisan personaliti yang menguasai pelbagai jenis segmen termasuklah kecantikan, fesyen dan gaya hidup.,” katanya kepada Jambu Batu Online.

Tambah Moots,  strategi pemasaran yang melibatkan selebriti seringkali mampu menyuntik keyakinan tinggi pengguna terhadap sesuatu servis atau produk yang ditawarkan.

“Maka, Rocketfuel mahu mengangkat strategi pemasaran ke tahap yang lebih tinggi dengan memberi nilai terhadap kolaborasi yang dijalin bersama jenama iaitu dengan merapatkan jurang komunikasi menerusi penggunaan mesej yang mampu mempengaruhi pengguna, jelasnya.

Tambah Moots lagi, Rocketfuel turut  menghasilkan kandungan digital yang penuh kreatif dan menarik dengan menggunakan idea-idea luar biasa daripada team yang terdiri daripada pelbagai usia termasuklah yang berusia 9 tahun.

“Perkhidmatan Rocketfuel termasuklah kandungan berjenama, pemasaran media sosial, penerbitan video, promosi menggunakan selebriti atau influencer, ciptaan IP dan pengurusan bakat,” katanya

Sementara itu. Ketua Pegawai Operasi Astro, Henrry Tan berkata, Henry Tan berkata bahawa Astro benar-benar teruja dengan potensi Rocketfuel dan usaha yang dilakukan terhadap ruang kandungan digital.

“Kami memberikan kebebasan kepada Rocketfuel untuk melakukan segalanya iaitu dengan mencetuskan pelbagai jenis kandungan dan acara serta memberikan perkhidmatan dalam setiap sektor industri,”katanya.

Rocketfuel memiliki tiga divisyen iaitu Rocketfuel Talent (pengurusan bakat untuk filem, televisyen dan radio), Rocketfuel Records (rakaman muzik dan publishing) dan Rocketfuel Network (kandungan digital dan penciptaan).

Rocketfuel Talent merupakan bahagian pengurusan bakat Rocketfuel Entertainment yang kini dinaungi oleh barisan bintang popular Malaysia seperti Zizan Razak, Lisa Surihani, Aaron Aziz dan Hisyam Hamid. Selain itu, Rocketfuel Talent juga mempunyai lebih 100 bakat terkemuka television dan radio Astro. Akademi bakat Rocketfuel bertujuan melatih dan memperkembangkan bakat-bakat di bawah naungannya untuk beraksi di persada tempatan dan antarabangsa.

Rocketfuel Records merupakan salah sebuah label muzik persendirian yang membariskan penyanyi terkenal seperti Hazama, Syamel, Hafiz Suip dan Stacy. Selain itu, ia turut dinaungi oleh artis dari rantau Asia iaitu Chaleeda Gilbert, pelakon dan penyanyi sensasi YouTube berdarah kacukan Thai-British yang mana lagu Thai pertamanya, Ready for Love telah mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 2.2 juta sejak Ogos 2017.

Rocketfuel Network merupakan bahagian pengurusan dalam Rocketfuel Entertainment yang bertanggungjawab dalam penghasilan kandungan digital dengan kerjasama pencipta kandungan dan juga penghasilan kandungan baru. Puppet lucu, Harry Kok Siew, mencipta fenomenanya tersendiri dengan jumlah tontonan sebanyak 1.2 juta di media sosial.

Untuk maklumat lanjut mengenai Rocketfuel Entertainment, sila layari laman sesawang Rocketfuel Entertainment atau ikuti laman media social syarikat di Facebook dan Instagram.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.