Kalau TMJ Gila Bola, Tunku Idris Pula Cintakan Sukan Permotoran

Khas buat peminat sukan permotoran! Korang semua nampaknya bolehlah bertepuk gembira sebab minat korang tuh turut dikongsi oleh salah seorang ahli keluarga diraja daripada negeri Selatan.

Siapa lagi kalau bukan Tunku Temenggong Johor iaitu Tunku Idris Iskandar Ismail ibni Sultan Ibrahim Ismail yang kacak dan digilai ramai wanita sekarang ini.

Baru-baru ini, Tunku Idris yang merupakan anak ketiga Sultan Johor, Paduka Seri Sultan Ibrahim dengan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofea telah diwawancara oleh pihak media rasmi diraja, Royal Press Office untuk keluarga diraja Johor.

Dalam wawancara tersebut, Tunku Idris ada menyentuh tentang isu sukan permotoran (motorsports) di Johor, akademi lumba dan program memandu yang direka khas buat golongan wanita, yang dilatih wanita khusus untuk berlumba.

Ha…Nampak gayanya selepas bola sepak kembali bernafas di bumi Johor, sukan permotoran pulak yang bakal memeriahkan negeri yang penuh Darul Takzim itu.

Luaskan Kuasamu Johor…

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply