Wah! Ada Apa Steven Seagal Datang Mengadap Sultan Johor?

Kecoh sekejap rakyat Johor apabila negeri yang penuh Darul Takzim itu telah didatangi oleh seorang aktor Hollywood popular.

Aktor tersebut adalah Steven Seagal yang terkenal dengan filem-filem bercorak aksi seperti Under Siege dan Hard To Kill.

Menariknya, Steven Seagal datang menghadap menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam suatu pertemuan tertutup semalam.

Pertemuan tertutup itu dibuat di Forest City ketika makan tengahari. Tidak pasti mengapakah pertemuan itu diadakan, namun rata-rata netizen membuat spekulasi bahawa Steven Seagal mahu membuat filem dan kebetulan Johor memiliki studio Pinewood yang bertaraf antarabangsa.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.