“Shit! Syaitan!” – Dato’ Seri Vida

Pelbagai cara orang kalau mahu duit dengan cara yang mudah, tidak mahu berusaha. Sebaliknya mencuri duit orang lain. Sekarang heboh dengan panggilan dari orang yang tidak dikenali yang digelarkan sebagai ‘scammer’ menghubungi sesiapa sahaja dengan mengaitkan polis.

Terkini, Dato’ Seri Vida turut terkenal dengan panggilan tersebut. DSV telah membuat laporan polis dan meminta pihak berkuasa mematahkan sindiket sebegini.

Sindiket sebegini nampaknya makin berani. Tidak ada rasa takut ke buat begitu. Bak kata DSV, mereka ini syaitan! Anda di luar sana jangan mudah terpedaya dan panik. Mereka memang bijak berkata-kata. Taktik mereka menggunakan nama polis. Jadi bila dengar nama polis, kita pun rasa terpinga-pinga. Jangan sesekali beri nombor akaun bank anda sekiranya diminta atau apa sahaja yang dipinta. Bila panggilan itu pelik, anda dengan segera simpan nombor tersebut dan cuba psiko mereka pula. Dan seterusnya dengan segera buat laporan polis!

Sumber Instagram & Facebook DSV.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply