Fattah-Fazura Bikin Resepsi Di Palace Of The Golden Horses Disember Ini !

Akhbar Harian Metro hari ini melaporkan bahawa pasangan pelakon Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin dengan Fazura bakal mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka di hotel Palace Of The Golden Horses sekitar Disember Ini.

Laporan itu dibuat berdasarkan sumber terdekat pasangan itu yang memberitahu bahawa persiapan dan perancangan majlis resepsi itu sudah pun dibuat dengan pihak hotel Palace Of The Golden Horses.

Barangkali itu adalah antara intipati yang bakal Fattah Amin serta Fazura sampaikan di dalam majlis sidang media mereka yang bakal diadakan esok, selain daripada menjelaskan tentang status sebenar mereka serta pernikahan secara senyap-senyap yang dilakukan pada tanggal 14 November lalu.

Apapun, kita tunggu sajalah esok hari!

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply