Fans Tidak Setuju Kristal Ganti Lan Dengan Vokalis Baru

Tengah sibuk-sibuk Lan Kristal berjuang di pentas Gegar Vaganza Musim 4 (GV4), tiba-tiba kumpulan Kristal membuat pengumuman bahawa mereka mahu merehatkan Lan serta mahu mencari vokalis baru.

Pengumuman itu dibuat di dalam posting akaun Instagram mereka semalam. Namun, tindakan Kristal untuk berbuat demikian nampaknya tidak dipersetujui oleh segelintir fans tegar mereka.

Kebanyakan mereka yang membesar dengan Kristal menganggap bahawa band muzik itu akan kehilangan aura mereka jika menggunakan penyanyi baru.

Fans juga memohon agar Kristal tidak membuat tindakan yang melulu serta mahu mereka terus mengekalkan Lan sebagai vokalis band muzik tersebut.

Difahamkan tindakan Kristal untuk menukar penyanyi baru adalah disebabkan kecil hati dengan tindakan Lan menyertai GV4.

Lantaran itu ada fans yang berpendapat agar kemelut itu mampu diselesaikan secara baik menerusi perbincangan dari hati ke hati. Malah, fans juga berharap bahawa pada saat-saat seperti ini, ahli kumpulan Kristal yang lain akan menyokong Lan di GV4.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply