ELLA: Ikon Rock Pertama Persembah Konsert Penuh Bersama MPO Di Dewan Filharmonik PETRONAS

Buat julung kalinya peminat muzik tempatan bakal menyaksikan sebuah persembahan istimewa yang menggabungkan Orkestra Filhamornik Malaysia (MPO) dengan lagenda rock negara Ella pada Sabtu, 2 Disember 2017 dan Ahad, 3 Disember 2017 bertempat di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) , Kuala Lumpur City Centre.

Konsert ini bakal mencipta sejarah tesendiri apabila ia merupakan konsert penuh figura rock tersohor pertama dipersembahkan di sebuah pentas berprestij DFP.

Ini merupakan kali kedua Ella beraksi di DFP. Sebelum ini Ella pernah tampil di pentas DFP bersama dua lagenda rock tanah air, Mus dan Man Kidal dalam konsert MPO Rocks sempena Festival Seni Dewan Filharmonik PETRONAS pada tahun 2013.

Bertepatan dengan tema konsert A Rock Queen’s Journey, penonton akan dibawa menyusuri perjalanan seni Ella menerusi lagu-lagu hits Ella yang pernah berkumandang dicorong-corong radio sepanjang perjalanan karier seni Ella.

Penonton bakal disajikan dengan interpretasi simfoni MPO dalam mengiringi persembahan Ella mengalunkan lagu-lagu malar segar beliau seperti Pengemis Cinta, Dua Insan Bercinta, Rindu, Layar Impian, Sembilu termasuk hit terbaru beliau Ku Sedia.

MPO yang dianggotai 90 pemuzik akan dipimpin oleh Ahmad Muriz Che Rose.

Tiket sudah dijual dengan harga RM380, RM270, RM210 dan RM150.

Sila layari http://mpo.com.my/29-ella-live-with-the-mpo untuk maklumat lanjut berkenaan konsert dan tiket.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

One Comment on “ELLA: Ikon Rock Pertama Persembah Konsert Penuh Bersama MPO Di Dewan Filharmonik PETRONAS”

Leave a Reply