Dokumen Apa Itu Yuna?

Team Jambu Batu terbau pasangan nak berkahwin. Tidak pasti pula bila tarikhnya tetapi macam sudah dekat. Bulan Ogos yang lalu, Yuna telah pun bertunang dengan Adam Sinclair. Majlis tersebut dihadiri rakan rapat sahaja. Menerusi laman Instagram Yuna. Yuna mencari sesuatu yang luar biasa untuk hari perkahwinannya nanti.

Selepas posting tersebut, memang ramai yang menghantar mesej kepada Yuna. Terkini Yuna berada di Kuala Lumpur. Yuna dilihat sempat menonton konsert Michael Bolton bersama ibu bapa dan Adam pada Sabtu lalu.

Walaupun seperti tidak memberitahu bila tarikh perkahwinannya itu, tetapi kami syak macam dalam masa terdekat. Yuna sibuk dengan mengisi borang-borang tertentu nampak gayanya.

Screenshot_20171121-165540

Itu yang sempat kami screenshot dari Instastory Yuna.Semoga semuanya dipermudahkan. Pasti mereka sedang sibuk yang amat sekarang ini. All the best Yuna and Adam!

Sumber Instagram Yuna.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

One Comment on “Dokumen Apa Itu Yuna?”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.