Datuk Aliff dan Sajat Kongsi Teaser Lagu Duet

Nampak gayanya usahawan kosmetik Nur Sajat telah mengeluarkan single terbarunya. Single tersebut adalah duet bersama dengan Datuk Aliff Syukri. Wow hebat! Sebelum ini Dato’ Seri Vida tampil dengan lagu I Am Me. Sajat dan Datuk Aliff mengikut jejak nampaknya.

Sajat dan Datuk Aliff telah berkongsi lagu tersebut di Instagram milik mereka.

Amacam? Anda semua suka? Lagu tersebut adalah ciptaan Edry KRU. Manakala video klip akan dibuat oleh Yusry KRU. Pasti meletop kalau adik-beradik KRU yang buat. Ini satu pemasaran yang bagus untuk Datuk Aliff dan Sajat sebenarnya. Namun anda di luar sana jangan mengata pula ya! Tidak sabar pula nak tunggu video klip lagu ini. Lepas ini boleh buat album kompilasi untuk semua usahawan kosmetik atau produk lain. Gabungkan dengan Dato’ Seri Vida sekali. Dan ada lagi usahawan lain yang mahu turut serta? Meriah juga kan?

Sumber Instagram Sajat dan Aliff Syukri.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.