Ajai Bakal Buka Cawangan Restoran Asam Pedas Hirup Di KL

Rasanya ramai yang dah pun tahu bahawa restoran Asam Pedas Hirup yang terletak di Ivory Plaza, Bukit Gambier, Penang adalah milik komposer Ajai.

Restoran Asam Pedas Hirup Ajai itu sudah  hampir 3 tahun beroperasi di sana dan sambutan yang diterima di kalangan orang Pulau Pinang memang cukup menggalakkan.

Dek kerana restoran Asam Pedas Hirup Ajai di sana sudah pun established, Ajai kini bercadang untuk membuka sebuah lagi cawangan restorannya itu di Kuala Lumpur.

Lokasi yang dipilih adalah di kawasan Old Klang Road atau Jalan Klang Lama dan Ajai bercadang untuk membukanya sekitar bulan Disember nanti.

Haa… peminat Asam Pedas sekalian terutama orang Melaka dan Johor, lepas nih bolehlah uols serbu restoran Asam Pedas Hirup Ajai kat KL. Tak payahlah nak drive jauh sampai ke Penang.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply