Zizan Razak Cedera Akibat Kemalangan Di Set Polis Evo 2!

Rasanya, ramai yang sudah pun tahu bahawa Zizan Razak kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Polis Evo 2 bersama Shaheizy Sam.

Khabarnya, filem Polis Evo 2 kali ini banyak menyelitkan babak-babak aksi yang membuatkan adrenalin anda semua  tidak mampu duduk diam.

Ertinya, banyaklah babak-babak aksi bahaya yang perlu dilakukan oleh Zizan Razak dengan Shaheizy Sam.

Tak pasti sejauh mana bahayanya babak-babak aksi yang perlu mereka lakukan. Tapi, yang pastinya, disebabkan babak-babak aksi tersebut, Zizan Razak telah pun tercedera.

Nampak gaya teruk juga kecederaan yang dialaminya itu. Hati-hati ya Zizan. Kalau boleh yang bahaya sangat tuh, suruhlah stuntman buat.

Persoalannya apakah penggambaran Polis Evo 2 akan terhenti disebabkan kecederaan yang dialami Zizan Razak ini? Kita tunggu dan lihat sajalah nanti…

 

zizanrazak1zizanrazak3

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply