Duet Bersama Firman Memberi Cabaran Buat Misha Omar

Minggu keempat Gegarvaganza 2017 telah pun berlalu. Minggu ini tugasan terbaru menanti kesemua peserta. Sebenarnya minggu keempat, tugasan peserta agak mencabar juga kerana mereka perlu berduet dengan penyanyi lain. Ia menjadi sukar sekiranya tidak ada ‘chemistry ‘ antara kedua-duanya. Itu akan menjadi sesebuah lagu dan persembahan tidak menepati syarat.

Mengikut kepada pemarkahan juri, penyanyi dari seberang, Firman telah mendapat 67.8% dengan tempat yang keempat. Firman telah berduet bersama Misha Omar dengan lagu ‘Biar Menjadi Kenangan’ yang dipopularkan oleh Rezza dan Masaki Ueda.

Misha berkongsi pengalaman berduet dengan Firman di Instagram Story miliknya. Jangan tidak tahu, ia sukar sebenarnya. Menurut Misha duet kali ini sangat mencabar kerana dia tidak pernah kenal dengan Firman apatah lagi menyanyi bersama Firman. Namun untuk mengelakkan rasa malu, mereka berbual mengenai latar belakang keluarga. Namun begitu, pada latihan pertama dan kedua, suara keduanya masih malu- malu. Tetapi bagaimana pandangan anda? Best atau tidak duet mereka berdua?

misha6_std.original

Selain dari itu Misha sukakan persembahan dari Hazami dan Azharina, Liza Hanim dan Hafiz Suip serta Lan Kristal bersama Siti Nordiana. Seperti kata juri tetap GV4, Lan banyak perubahan. Misha turut memberi komen yang sama, Lan mengekalkan momentum dan banyak perubahan dari minggu ke minggu. Tahniah Lan!

 

Terfikir pula kenapa tidak panggil pasangan duet yang popular sebelum ini membuat persembahan. Siapa lagi kalau bukan Nurul dan Ajai. Mereka pun sudah berkeluarga, tidak salah rasanya temukan mereka semula. Pasti gempak!

Sumber : Instagram Misha Omar.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.