Chef Wan Anggap Nabil Sudah Besar Kepala dan Rasa Bagus?

Nampaknya bengang betul Profesor Dato’ Chef Wan terhadap Nabil. Apa tidaknya, segala nasihat dan teguran yang diberikan terhadap Nabil supaya jangan terlalu melanggar batas sebagai hos Gegar Vaganza Musim 4 diibaratkan sebagai mencurah air ke atas daun keladi.

Kata Chef Wan, nasihat dan teguran itu dibuat demi kebaikan Nabil dan dia juga turut mewakili orang ramai di luar sana kala melakukannya.

Akan tetap, Nabil tetap Nabil. Sudah minta maaf tetapi tidak serik untuk buat lagi.

Atas sebab itu, kata Chef Wan, dia sudah tidak punya kuasa untuk menegur Nabil lagi.

“Manusia kalau dah rasa bagus sangat tak akan nampak kelemahan diri.

“Di sekolah atau di rumah, guru atau ibu bapa tegur kita, kita minta aaf dan tidak buat lagi.

“Ini siap lagi nak stress konon dengan bangag dia itu hos GV 4 episode lagi, konon berjaya la itu dan mendapat approval. Does he read between those lines or his ego is above his kepala lutut?

“Kita dah berikan pendapat kita. So, it’s time to move on for a more positive and meaningful life,” katanya dengan panjang lebar di dalam posting instagramnya.

Apapun, tahniah Prof Dato’ Chef Wan kerana telah menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Seni Kulinari) dari Universiti Utara Malaysia (UUM), baru-baru ini.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

One Comment on “Chef Wan Anggap Nabil Sudah Besar Kepala dan Rasa Bagus?”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.