Adibah Noor Cari Tukang Jahit Yang Boleh Jahit Baju Banyak-Banyak!

Ini bukan berita propa ya! Tapi, penyanyi berkaliber Adibah Noor memang tengah cari tukang jahit.

Dengan syarat, tukang jahit tersebut boleh jahit baju banyak, mahir menjahit dan boleh kasi harga yang murah.

Dalam posting di akaun facebooknya, Adibah telah pun menguar-uarkan  tentang pencarian tukang jahit ini. 

“Kalau anda tukang jahit yang elok hasil kerjatangannya, atau kenal mana-mana tukang jahit yang memerlukan job…mesej saya ya,” katanya.

Adibah juga terbuka jika orang yang berminat menjahit bajunya untuknya itu adalah penganggur atau ibu tunggal.

Tidak kisahlah sesiapa. Asalkan mahir menjahit!

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply