Tiada Harmoni Punca Haida Tersingkir Minggu Keempat GV4

Selepas Raja Azura atau Kak Engku, giliran penyanyi Haida pula terpaksa menamatkan perjuangannya di dalam Gegar Vaganza Musim 4 (GV4) apabila menjadi peserta seterusnya yang tersingkir dalam konsert minggu keempat pertandingan realiti hiburanterbitan Astro Ria itu.

 

Penyingkiran Haida itu sekaligus membantu Liza Hanim, Aishah, Elyana, Aqasha, Syura, Firman, Hazami, Lan Kristal dan Tia Jinbara untuk mara ke konsert minggu kelima.

Membawakan  lagu Memori Daun Pisang secara duet versama Ezad Lazim, persembahan Haida bersama bekas vokalis Exist itu dianggap tiada keharmonian serta keserasian penyanyi lagenda, Hetty Koes Endang yang bertindak sebagai salah seorang juri tetap.

Selain Hetty, Datul Ramli MS juga adalah seorang lagi juri tetap GV4, manakala komposer Pak Angah diundang sebagai juri undangan.

GV4 musim menawarkan hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi kepada juara, RM50,000  (naib juara), RM30,000 (tempat ketiga), RM20,000 (keempat), RM15,000 (kelima) dan RM10,000 (keenam). Kesemua mereka turut menerima trofi.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.