Rizalman Jelajah Dunia Demi Realisasikan Wedding Izara Aishah

Pereka fesyen tempatan tersohor, Rizalman Ibrahim akui bahawa dia telah menjelajah ke beberapa pelusuk dunia untuk mencari idea dan inspirasi bagi  merealisasikan majlis perkahwinan Izara Aishah dari semua sudut.

Dia  membaca dan mencari sejarah mengenai siluet (silhouette) seawal kurun ke-18, dari dalam dan luar negara, dari muzium hingga ke istana.

“Mencari bahan materi dan melaksanakan teknik couture baru, pekerja-pekerja diperlukan untuk menghasilkan maha karya (masterpiece) ini.

“Menghadiri pelbagai pementasan teater di luar negara untuk menonton dan belajar mengenai pengunaan pentas dan efek penataan cahaya bagi mencetuskan elemen nikah dan drama,” katanya di dalam posting Instagramnya @rizalman71.

Ternyata majlis perkahwinan Izara Aishah dengan Adib Khalid yang telah berlangsung pada malam Jumaat lalu meriah pujian ramai terutama sekali baju pengantin  Izara Aishah.Ia dianggap sebuah perkahwinan yang penuh glamor dan  sempurna.

To my adik @izaraaishahofficial … I travelled the world to find inspirations for your wedding, reading and finding those historic silhouette as early as early 18th centuries frm abroad and local, from museums to palaces.. Sourcing the material and implementing the new couture technics, hours of labors were needed to finish this masterpiece… attended various theatres in overseas to watch and learn the staging and lighting effects in order to create those ‘nikah and drama’ elements…when u menangis on my shoulder last night thanking me on everything , i baru teringat you used to say this.. ‘cek takmau kawen klw abang Rizalman tak mau buat wedding cek’ Sebab tu la cek pon tak kawen pasai takdak RIZALMAN boleh buat wedding Rizalman #rizalmanbrides

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply