Patung Manusia Ken, Rodrigo Alves Bakal Bintangi Filem Bollywood

Manusia yang menyerupai patung Ken (pasangan Barbie) iaitu Rodrigo Alves atau lebih popular digelar Ken Doll Rodrigo Alves bakal memulakan kerjaya lakonannya di Bollywood.

Ketika berada di Delhi awal bulan ini, bintang Brazil ini dilihat tampil dengan pakaian ala Maharaja.

Menurut laporan The Sun, dalam filem Bollywood yang bakal dibintanginya itu, dia akan membawakan watak sebagai lelaki Eropah yang sungguh warna-warni karektornya.

Yang mana dia telah diundang untuk datang menghadiri majlis perkahwinan rakannya di India tetapi pada masa yang sama, dia hilang punca dan sesat di tengah-tengah kota Delhi yang sesak dan padat.

Aduh! Mesti sesak kota Delhi, bila manusia yang menyerupai patung Ken Doll seperti Rodgiro Alves dilihat berkeliaran di situ.

Lawatannya di India bagaimanapun tidak lama, kerana dia perlu kembali ke Los Angeles untuk mendapatkan konsultasi sebelum menjalani pembedahan plastik untuk enam tulang rusuknya demi mendapatkan bentuk badan yang lebih kurus di bahagian pinggangnya, sama seperti stail pinggang Barbie.

Digelar Human Ken Doll,  Rodrigo yang berusia 34 tahun ini amat berterima kasih dengan pembedahan kosmetik kerana dapat menyerupai menjadi patung Ken walaupun terpaksa berbelanja ratusan ribu ringgit.

 

ken2ken

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply