Netizen Kecam Majlis Resepsi Juliana Evans?

Sebaik saja model, pengacara dan pelakon Juliana Evans memuatnaik gambar resepsi perkahwinannya di akaun instagramnya, ramai netizen yang mula bersuara dan menyelar caranya mengadakan majlis resepsi tersebut.

Kononnya, resepsi perkahwinannya itu mirip resepsi perkahwinan orang Kristian. Semata-mata kerana resepsi perkahwinan itu diadakan secara kecil-kecilan di tepi pantai Andaman, Langkawi bersaksikan keluarga dan teman-teman rapat  dan bapanya Juliana pula  telah mengiringinya untuk menyerahkannya kepada sang suami iaitu Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj.

Wahai netizen, tiada paderi pun yang mengahwinkan mereka. Ia hanyalah sekadar majlis resepsi biasa-biasa. Lagipun Juliana Evans dan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj sudah pun menikah pada 30 April lalu, di sebuah majlis tertutup.

Mereka telah dinikahkan Imam Masjid Istana Alam Shah Klang, Mohd. Rasid Mahful. Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj merupakan kerabat Johor dan Selangor.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.