Jauh di Sarejevo Bosnia, Cekodok Pisang Tetap Jadi Pujaan Azrel Ismail

Kalau sudah tekak Melayu namanya, pergilah ceruk mana pun, pasti masakan Melayu jua yang dicari.  Agaknya, inilah yang berlaku kepada model dan pelakon Azrel Ismail.

Sepanjang dua minggu menjalani penggambaran Don di Sarajevo, Bosnia bermula  26 Oktober lalu, pelakon Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin ini nampaknya tak dapat masakan Melayu terutama kuih-muih serta kudapan yang enak dan lazat.

Buktinya, Azrel Ismail sanggup meredah salji dengan membawa  sepinggan cekodok pisang dan dengan penuh rasa excited dia mengajak peminatnya makan bersama.

Azrel juga memberitahu bahawa cekodok pisang tetap jadi pujaannya.  Kini, Azrel dalam perjalanan pulang ke Malaysia bersama team produksi dan pelakon Don.

azrel3azrel2

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.