Fatiya Latiff buat hal lagi?

Menerusi portal Astro Gempak, Fatiya diberitahu akan muncul dalam program Sepahtu Reunion Live. Sepatutnya Fatiya perlu hadir ke studio untul latihan pada jam 3 petang. Namun tak nampak langsung batang hidung Fatiya,  sebaliknya dia hanya mucul pada jam 8 malam yang mana program tersebut akan berlangsung pada 10 malam secara langsung.

Datang dalam keadaan tidak terurus, mampukah Fatiya bersiap dan buat latihan sebelum persembahan bermula? Walaupun program lawak tetapi perlu juga tahu intipati sesebuah rancangan. Jadi, krew program Sepahtu Reunion Live terpaksa untuk tidak membenarkan Fatiya muncul sebaliknya menggantikan pelakon lain iaitu Elizad Sharifuddin.

Namun begitu, Fatiya telah menaik status di Twitter-nya (namun kini  telah  pun dipadam). Tetapi ada yang sempat screenshot.

sepahtu 1

sepahtu 2

sepahtu 3

Wow panas ya. Siapa yang kena game ni? Harapnya selepas ini tidak ada lagi perkataan on the way. Mesti sesiapa mendengar perkataan on the way menjadi fobia.

Sumber : Astro Gempak & Supermario Blog

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.