“Saya Perlu Seseorang Yang Agak Istimewa Untuk Buka Hati Saya Semula” – Datuk Hans Isaac

Mereka pernah bercinta namun tidak kejinjang pelamin. Masing-masing dengan kehidupan tersendiri. Tetapi persahabatan tidak pernah putus. Malah kedua-duanya sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain. Siapa lagi kalau bukan Datuk Hans Isaac
dan Neelofa.

Kemesraan dan keramahan keduanya terserlah. Ini dapat disaksikan di rancangan MeleTOP yang disiarkan di Astro Ria. Hans hadir di MeleTOP bagi mempromosikan rancangan terbaru terbitan produksi miliknya iaitu Lawak Ke Der Coverline yang akan
disiarkan di Astro Warna setiap Jumaat, jam 9:30 malam.

Umum mengetahui Hans baru sahaja membatalkan perkahwinannya. Neelofa juga masih single. Andai kata mereka kembali bersama, adakah anda semua suka? Pengacara MeleTOP, Nabil Ahmad sempat mencari peluang untuk bertanyakan soalan itu.

Hans menjawab soalan Nabil dengan tenang sekali. “Kami berdua kini ada hidup masing-masing. Tetapi soal jodoh kita tak tahu. Kita boleh rancang apa yang kita nak, tapi benda itu akan jadi lain. Bagi saya, buat masa sekarang, ‘kedai’ dah tutup, ‘kedai’ saya tutup maksimum, saya tak tahu bila ‘kedai’ itu nak buka balik. Saya rasa mungkin kalau terbuka balik, perlu seseorang yang agak istimewa untuk buka hati saya semula,” kata Hans.

Sumber : Youtube & Instagram MeleTOP

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.