Gara-gara menghadiri perkahwinan salah seorang temannya yang dilangsungkan di Chiang Mai Thailand, baru-baru ini, pelakon Dynas Mokhtar,34, juga nampaknya turut menyimpan impian yang sama untuk melangsungkan perkahwinannya dengan tunangnya, Shazrik Din,35.
Sewaktu bergambar bersama di majlis perkahwinan tersebut, Dynas dengan comelnya telah bertanya Shazrik yang digelarnya sebagai #Rikdy, samada mereka boleh berkahwin di situ atau tidak.
Pasti Dynas sudah terpikat serta jatuh hati dengan suasana di tempat itu yang budayanya masih utuh terpelihara. Malah, dia dengan Rikdy turut mengenakan persalinan baju tradisional Thai di majlis perkahwinan rakannya itu.
Apapun Dynas bakal bernikah dengan usahawan kacak itu pada April tahun hadapan, selepas mengikat tali pertunangan pada hujung Oktober yang lalu.
Hubungan cinta mereka telah terjalin selama 3 tahun dan anak-anak Dynas hasil perkahwinan dulu iaitu Khyra Khalyssa, 7 dan Mohamed Haqais, 5 juga nampaknya dapat menerima Rikdydi dalam hidup mereka.
Dynas atau Wan Edrinas Wan Mokhtar yang telah bergelar ibu selama 4 tahun juga bersyukur kerana ibubapa Rikdy juga dapat terima kehadiran dia dan anak-anaknya.
Pelakon filem Tombiruo: Penunggu Rimba ini ini pernah mendirikan rumahtangga dengan Mohd Hafizi Mohamed pada 15 Mac 2008 dan kemudian bercerai pada 25 Februari 2014.
One Comment on “Dynas Mokhtar Nak Kahwin Di Chiang Mai, Thailand?”