Dr. Soo Wincci Sambung Belajar Lagi

Memiliki pakej yang lengkap bagi seseorang selebriti amatlah penting. Namun begitu tidak semestinya itu berguna di masa akan datang. Penyanyi dan pelakon Dr.Soo Wincci
salah seorang yang tidak pernah puas dengan apa diperolehi.

Tahun lalu Wincci telah ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dan membawa gelaran doctor falsafah (PhD). Pada majlis tersebut Wincci menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama
menerima PhD oleh Malaysia Book of Records.

Terkini Wincci berada di Valencia, Sepanyol bagi melanjutkan pelajaran dalam pengkhususan Produksi Muzik, Teknologi dan Inovasi di kampus Berklee College of Music. Nampak gayanya Wincci masih mahu belajar dan belajar lagi.

“Saya mengambil jurusan tersebut kerana mahu menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam bidang muzik. Saya rasa masih kosong dan perlu belajar dan mahu menghasilkan muzik yang lebih bagus untuk saya dan sesiapa sahaja. Zaman sekarang sangat mencabar. Jika kita tidak buat sesuatu yang baru mahu pun bagus, kita akan kebelakang”, ujar Wincci yang ditemubual melalui aplikasi WhatsApp.

Menurut Wincci, banyak cabaran yang dihadapi untuk memasuki ke Berklee College kerana Berklee salah satu kolej yang paling terkenal. Selain itu mempunyai tenaga pengajar yang bukan calang-calang.

Soo Wincci berhasrat untuk memasuki pasaran antarabangsa. “Untuk memasuki pasaran lebih besar, saya perlu bermula dari bawah. Semua kena belajar. Saya tidak malu untuk hadapi semua itu kerana jika mahukan sesuatu, kita perlu lepaskan apa-apa yang sedia ada. Contohnya, saya tinggalkan Malaysia dan sekarang berada di sini untuk mengejar impian saya. Itu tidak bermakna saya tidak sayang Malaysia. Saya mahu pulang dengan sesuatu”, tutur Wincci.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

One Comment on “Dr. Soo Wincci Sambung Belajar Lagi”

Leave a Reply