Comel Sungguh Aksi Si Fans Kecil Tegar MU, Rayyan Maulana

Mesti korang tertanya-tanyakan siapakah si comel kecil ini kan? Gayanya sungguh hebat sekali. Dengan lengkap berjersey biru, lagaknya bagaikan seorang  pemain bola sepak profesional, lebih-lebih lagi apabila dia meletakkan kaki kanannya yang disarungkan dengan kasut adidas di atas bola.

Dah macam Ryan Giggs pula. Nama pun dah lebih kurang sama. Yang menariknya tu, apabila tertera lambang Mancester United (MU) di jersey bajunya itu.  Membuktikan dia adalah seorang fans tegar MU. Hai..boleh kasi bikin panas jer dengan fans kelab-kelab bola sepak Inggeris yang lain.

Apabila latar belakangnya gambar asalnya diedit, menampakkan dia seolah-olah berada di atas padang dan di dalam stadium, aksi Rayyan Maulana kelihatan cukup classy. Itulah kuasa editing!

Okay, jom kita berkenalan dengan si Rayyan Maulana. Dia sebenarnya adalah anak kepada Izzat Izuddin. Siapa Izzat Izuddin? Dialah penyanyi lelaki yang menjadi pasangan duet Misha Omar dalam lagu Pulangkan yang pada asalnya sepatutnya dibawakan Ezad Lazim.

Izzat Izuddin atau lebih dikenali sebagai Jad Lobo adalah graduan ASK yang meneruskan kerjaya seninya dengan  menjadi penyanyi latar artis. Kini, dia sudah pun menubuhkan kumpulan trio penyanyi latarnya dan  khidmatnya seringkali digunakan untuk menjayakan konsert dan persembahan artis terkemuka negara di dalam album,  show TV, mahu pun konsert.

 

rayyan1Rayyan2jad2

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.