Amy Search Sempat Promote Album Katharsis & Konsert Gegaran di Iceland

Biarpun hanya dikelilingi lautan ais yang membeku dengan sejuk yang mencengkam hilang ke tulang sum-sum, namun rocker ikon negara, Amy Search masih sempat untuk mempromosikan album baru mereka,  Katharsis  dan  Konsert Gegaran di Iceland.

Lucu juga apabila melihat Amy Search cuba untuk menunjukkan bentuk rekaan baju kemeja-T  Katharsis sambil memberitahu bahawa baju tersebut beserta album Katharsis bakal dijual di konsert tersebut.

Dek kerana angin kencang yang beberapa kali menerjah tubuhnya, baju kemeja-T itu tidak dapat dipegang dengan betul kerana turut ditiup angin dan Amy sendiri kelihatan terhuyung-hayang kerana gagal mengawal imbangan badannya.

Apapun Konsert Gegaran!  anjuran DCODE DUNIA JUARA bakal diadakan di Tapak Bazarena, Shah Alam pada 2 Disember ini. Ia  turut menampilkan band popular Indonesia, Nidji, Bunkface, Hujan dan Oh! Chentaku ini akan mula diadakan seawal jam 5 petang.

Mengenai Katharsis, ia adalah album studio ke-12 Search yang telah diteribitkan Dato’ M Nasir, selepas kali terakhir mereka muncul dengan album Gothik Malam Edan pada 2016.

Katharsis yang dicetuskan daripada istilah Yunani Purba bermaksud penyucian, pembersihan dan pengaslian jiwa raga memuatkan 10 lagu tetapi mempertaruhkan Sidang Kangaroo sebagai single pertama.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.