Zarina Zainuddin Kongsi Video Anak Kembarnya Mengamuk

Bukan senang untuk menjaga anak autism. Lagi payah apabila memiliki dua anak autisme. Umum mengetahui pelakon Zarina Zainuddin mempunyai anak kembar autism iaitu Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai. Si abang lebih selesa disapa Azil manakala adiknya pula Azal. Selain kedua kembar ini, Zarina mempunyai lagi dua orang anak iaitu Muhammad Naim Azrai (13 tahun) dan Muhammad Adam Azrai (10tahun).

Beban yang dihadapi oleh Zarina bagi membesarkan dua kembar berusia 21 tahun ini mungkin hanya dapat dilihat dari luar sahaja sedangkan dia yang menghadapi segalanya. Namun Zarina begitu tambah dalam apa jua keadaan sekalipun.

Terbaru, Zarina telah berkongsi video di laman Instagram miliknya yang mana Azal mengamuk kerana tidak ketemu Azil. Kasih kedua adik-beradik ini memang tidak dapat dipisahkan.

Apabila mereka mengamuk, keadaan kadang-kadang tidak terkawal. Namun Zarina bijak dalam meredakan keadaan. Azal juga seorang adik yang sangat baik, sentiasa menjaga kebajikan abangnya. Azil pula jika Azal tidak ada, maka keadaan yang anda lihat di atas akan berlaku.

Apa-apa pun team Jambu Batu tabik hormat kepada Zarina sekeluarga kerana tabah dalam menghadapi segalanya. Malah peminat turut mengambil informasi bagaimana mahu mengawal anak-anak istimewa ini. Zarina juga tidak lokek berkongsi. Semoga dapat membantu anda yang mempunyai nasib yang sama seperti Zarina Zainuddin.

Sumber Instagram Zarina Zainuddin

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.