Setelah 4 Minggu Tayangan , Tombiruo: Penunggu Rimba Kutip RM8 Juta!

 

Tahniah buat Astro Shaw dan seluruh produksi filem Tombiruo: Penunggu Rimba kerana setelah 4 hari tayangan,  filem yang diadaptasi daripada novel Ramlee Awang Murshid ini sudah pun mencecah kutipan RM4 juta.

Selaku penerbit, Astro Shaw pastinya lega kerana kutipaan tersebut sudah pun melepasi keseluruhan  kos pembikinan filemnya yang berjumlah RM6 juta.

Tombirou: Penunggu Rimba yang diterbitkan Astro Shaw bersama syarikat produksi Layar Sunan milik Nasir Jani serta mendapat kerjasama daripada Ideate Media dan Grup Buku Karangkraf telah menggunakan khidmat Seth Larney selaku pengarah.

Biarpun ini adalah pengarahan pertama Seth Larney, namun sebelum ini dia banyak terlibat dalam penghasilan filem Hollywood seperti The Matrix Reloaded, The Matrix Revolutions, Star Wars: Revenge of the Sith, X-Men Origins: Wolverine, Superman Returns dan The Chronicles of Narnia: Voyage of the Dawn Treader.

Filem bercorak aksi drama ini mengetengahkan ramai barisan pelakon yang hebat iaitu Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Dynas Mokhtar, Datin Marlia Musa dan Dato’ M Nasir.

Ia berkisar mengenaui seorang pemuda bertopeng bernama Ejim yang digelar sebagai Tombiruo oleh penduduk di Sabah kerana menganggapnya sebagai penunggu rimba. Kehadiran Tombiruo penuh misteri dan sering ditakuti serta dicaci oleh penduduk kampung.

Apabila Wong dan kuncu-kuncunya membuat kacau di kampung untuk meneruskan aktiviti empangan, satu insiden telah berlaku dan menimbulkan kemarahan Tombiruo. Sementara itu, Amiruddin menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya dan mula menjejaknya.

Wartawan Wan Suraya yang mengikuiti perkembangan isu syarikat Tan Sri Berham turut mengikuti jejak Tombiruo. Wan Suraya dapat rasakan Tombiruo tidak membahayakan seperti diperkatakan.

Namun, apabila Amiruddin dan Tombiruo bertemu, mereka bertarung demi membela nasib orang-orang yang mereka sayangi. Dengan semangat dari hutan telah mengiringi kekuatan Tombiruo. Tetapi hakikatnya, sebuah rahsia di antara mereka berdua yang sudah lama tersimpan terbongkar. Apakah kaitan mereka berdua sebenarnya? Siapakah dalang di sebalik insiden yang berlaku selama ini?

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.