Priyanka Chopra Minta Tumpang Kereta Di Kawasan Sunyi Amerika

Cuba kalau korang memandu tengah-tengah malam, tiba-tiba ada seorang perempuan di tepi jalan tunjuk signal jari tangan, minta tumpang?

Tentu korang fikir dua tiga kali untuk berhentikan kenderaan sebab takut yang mintak tumpang itu adalah hantu. Nak-nak lagi bila korang lalu jalan yang sunyi dan jauh dari kawasan penempatan.

Tapi, cuba kalau yang minta tumpang itu adalah aktres Bollywood, Priyanka Chopra? Cemana agaknya reaksi korang ek? Heheheheh. Mesti rasa excitedkan?

Haaa..Ketika melakukan penggambaran siri TV Hollywood, Quantico, Priyanka Chopra telah memuatnaik sebuah gambarnya yang sedang berposing di sebuah papan tanda jalan yang menunjukkan tanda trak berhenti.

Dalam gambar itu juga, Priyanka telah menunjukkan isyarat tangan untuk meminta tumpang dan dia tidak keseorangan. Sebaliknya, turut ditemani pelakon gandingannya Russel Toyey. Cuma, Russel tidak kelihatan di dalam gambar tersebut.

Selain Quanticoa, Priyanka Chopra kini sedang sibuk menjayakan buah  filem Hollywood.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.