Netizen Puji Johan As’ari Alunkan Surah Al-Baqarah Secara Hafaz

Biarpun kehidupan peribadi mereka sering diintai serta dilabelkan sebagai sosial dan penuh glamor, namun tidak semua selebriti tempatan yang mudah tenggelam dengan segala tumpuan serta populariti yang diraih mereka.

 

Buktinya adalah seperti Johan As’ari yang tidak putus-putus mencuri peluang dan waktu untuk mempelajari serta mendalami ilmu Islam.  Namun, video posting yang dimuatnaik di Instagramnya telah mencuri perhatian ramai netizen.

Dengan berserban dan berjubah putih, Johan As’ari telah mengalunkan surah Al-Baqarah dengan begitu merdu sekali. Dan apa yang paling menakjubkan ialah kemampuanya menghafaz surah Al-Baqarah itu.

Tidak hairanlah mengapa dia menerima pujian daripada kebanyakan netizen! Thumbs up Johan As’ari. Awak telah buktikan bahawa golongan selebriti bukanlah cetek pengetahuan agama Islam sepertimana yang disangka segelintir orang.

Jom kita dengar Johan As’ari mengalunkan surah Al-Baqarah…

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply