“Mungkin Industri Tak Nak Pembaharuan” – Ayda Jebat

Keputusan lagu yang bakal bertanding di Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32) telah pun diketahui umum. Sebanyak 12 lagu yang ternyata hebat-hebat belaka telah pun dipilih. Namun seperti biasa ada bunyi-bunyi yang tidak enak pula kedengaran. Sesiapa pengikut dan peminat tegar Ayda Jebat, pasti tahu akan bunyi-bunyi yang dimasukkan
ini.

Posting yang dimuatkan oleh Ayda seolah-olah memberi motivasi untuk diri sendiri. Lagu Mata ciptaan Audi Mok, Shazee Ishak dan Ayda sendiri tidak terpilih untuk ke pentas AJL 32. Peminat penyanyi dan pelakon ini turut meluahkan rasa kecewa kerana Mata tidak tersenarai. Malah ada yang membandingkan lagu yang lain.

Berikut adalah komen-komen yang telah diberikan oleh peminat dan Ayda sendiri.

This slideshow requires JavaScript.

Apa-apa pun rezeki itu akan berada di mana-mana. Tidak semestinya tidak terpilih ke pentas AJL 32, rezeki Ayda terbantut. Jika hendak dilihat sebelum-belum ini, ada sahaja penyanyi yang lagi hebat atau senior yang tidak terpilih. Tetapi mereka tidak pula meluahkan rasa sebegini. Tetapi yelah, zaman sekarang zaman teknologi kan. Segala bermula dari jari.

Sumber : Instagram Ayda

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.