Fattah Amin- Fazura, Bertunang atau Nikah Senyap-Senyap?

Ada yang kata pasangan bercinta, Fattah Amin dengan Nur Fazura sudah bertunang di kediaman nenek Fazura di Petaling Jaya, Selangor malam tadi. Ada pula yang mendakwa mereka sudah pun bernikah.

Tak tahulah mana satu yang betul. Apa yang pasti baik Fattah mahu pun Fazura, mereka masih tetap mahu berahsia dan hanya akan merungkaikan segala tanda-tanya pada tanggal 23 November ini, sebaik saja pulang daripada mengerjakan Umrah.

Mereka telah  pun berangkat ke Mekah pada awal pagi tadi disertai dengan ahli keluarga masing-masing  beserta dengan wakil pengurusan.

Pemergian mereka ke sana turut meninggalkan seribu persoalan. Apakah mereka ke sana untuk menikah atau pergi ke sana untuk menunaikan ibadat Umrah sebagai  pasangan  suami isteri?

Walau apapun hanya satu yang dipinta oleh Fattah dan Fazura. Mereka memohon seribu kemaafan serta berharap agar rakan-rakan wartawan dan peminat mendoakan semoga umrah mereka akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancarnya.

“Terima kasih atas doa-doa kalian dan In Sha Allah semoga diberkati dengan umrah yang mambrur,” kata mereka menerusi kenyataan media yang dihantar pihak pengurusan Fattah Amin iaitu Fastyleasia Management.

Pasangan ini mual rapat selepas digandingkan bersama dalam Hero Seorang Cinderella dan sejak itu lahirlah bibit-bibit cinta di antara mereka.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

One Comment on “Fattah Amin- Fazura, Bertunang atau Nikah Senyap-Senyap?”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.