AJL 32 Peluang Ara Johari Buka Mata Mereka Yang Hina, Caci Keluarganya!

 

Dari sebuah angan-angan dan cita-cita, akhirnya ia menjadi kenyataan. Itulah yang dirasai oleh penyanyi muda baru, Ara Johari apabila lagu Warkah Untukmu ciptaan Hang Nadim dan Laq telah terpilih untuk melangkah ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32).

Dia juga tidak mahu mensia-siakan peluang rezeki yang diberikan Allah SWT itu serta pada masa yang sama mahu membuktikan kemampuannya terutama di kalangan orang yang pernah mencaci serta menghina dia dan keluarganya.

“Tak semua orang akan dapat peluang sebegini, Ini adalah peluang yang tepat untuk tunjuk dekat semua orang yang pernah mencaci, ya ng pernah mengutuk dan yang memandang rendah terhadap saya dan keluarga.

“Inilah masanya untuk saya buka mata semua orang yang saya boleh berjaya macam orang lain. Ye, saya berasal dari keluarga yang sederhana. Tak kaya dengan harta dan duit, tapi sangat kaya dengan kasih sayang keluarga yang tidak ternilai.

“Keluarga yang enjadi tulang belakang saya sampai ke tahap ini  Mereka adalah harta saya dunai dan akhirat. Dan untuk yang membenci, teruskan membenci, selagi mana kebencian itu ada dalam diri.

“Untuk yang menyokong, teruskan menyokong dan berjuang bersama dengan saya di kala susah dan senang,” kata bintang AF 2016  di dalam posting yang cukup panjang lebar di dalam akaun  Instagramnya.

Apapun, team Jambu Batu Online ucapkan ‘’Good Luck’ buat Ara Johari. Lakukan yang terbaik okay! Kau boleh, jika kau fikir kau boleh Ara….

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply