Teruk Baby Shima Ditengking Mas Idayu Di Pentas D’Academy Asia

Jika Ahad lalu di Malaysia panas dengan Gegar Vaganza 2017 berbeza pula di Indonesia yang panas dengan D’Academy Asia. Umum mengetahui D’Academy adalah rancangan pertandingan yang disiarkan di Indonesia yang mencari penyanyi dangdut di serata Asia. Dari Malaysia, menampilkan Mas Idayu sebagai juri tetap bagi rancangan tersebut. Manakala Baby Shima wakil dari Malaysia.

Rancangan yang sudah masuk musim ketiga itu mempunyai pengikut yang tersendiri malah boleh dikatakan rancangan yang memang terhangat sekali. Ahad lalu, Mas Idayu selaku juri telah memarahi Baby Shima secara langsung selepas Shima selesai membuat persembahan.

Video yang tular itu menyaksikan Mas Idayu terlampau marah dengan Shima kerana persembahan Shima tidak memberangsangkan. Ternyata Mas Idayu terlampau kecewa sehinggakan dewan menjadi dingin. Pada awalnya mungkin ada yang mengatakan hanya gimik semata-mata, namun Mas Idayu menegaskan ini bukan lakonan dan ia memang serius.

Anda saksikan sendiri dan apa komen anda? Adakah ia memberi kebaikan buat Baby Shima atau sebaliknya? Rata-rata komen yang diberikan di Instagram milik kedua-dua figura ini ada yang marah dengan tindakan Mas Idayu dan tidak kurang juga yang memberi kata-kata semangat. Bukan mudah untuk membawa nama Malaysia ke mata dunia malah ia sebenarnya beban tetapi dengan semangat yang kuat, sokongan dari sekeliling pastinya akan berjaya.

Akibat memperolehi markah terendah, Baby Shima tersingkir daripada program tesebut. Peserta dari Malaysia yang berjaya menempatkan diri dan meneruskan saingan di peringkat Top 20 adalah Farez Adnan, One Forteen, Darling dan Azizul Haqim.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

One Comment on “Teruk Baby Shima Ditengking Mas Idayu Di Pentas D’Academy Asia”

Leave a Reply