Barbie Shero Doll, Patung Hijab Pertama Keluaran Mattel

Bagi  menguasai sasaran pasaran pengguna Muslim, syarikat pengeluar Barbie Doll kini mengeluarkan sebuah patung Barbie berhijab yang digelar Barbie Shero Doll.

Menariknya juga patung Barbie Shero Doll itu turut dihasilkan sebagai satu penghormatan buat pemain lawan pedang, Ibtihaj Muhammd yang telah memenangi  pingat gangsa dalam pertandingan Sukan Olimpik di Rio De Janeiro, Brazil pada 2016.

Ibtihaj yang memegang kewarganegaraan Amerika dan dilahirkan di New Jersey adalah wanita Muslim pertama yang menyertai pertandingan sukan dunia penuh berprestij itu dengan memakai hijab.

Kata Ibtihaj, Babrbie Shero Doll yang berhijab penuh itu memiliki potensi untuk mencetuskan inspirasi buat generasi wanita masa depan.

“Sewaktu bermain dengan Babrbie dulu, saya sering menyimpan angan-angan dan impian tentang cita-cita saya.  Kini, saya memiliki patung Barbie saya sendiri dan kanak-kanak  perempuan dari generasi akan datang akan mampu bermain dengan  impian mereka sendiri,” kataya.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply