Tahniah! Lufya Dikurniakan Baby Girl Pada 11.11.2017

Tahniah team Jambu Batu Online ucapkan buat pelakon dan penyanyi Lufya kerana telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang digelar Baby L pada hari semalam bersamaan dengan tanggal 11 November 2017.

 

Bayi perempuan seberat 3.2 kilogram yang dilahirkan secara normal di Tropicana Medical Centre kira-kira jam 6.32 petang itu disambut doktor yang bertugas iaitu Dr Arifah, dibantu oleh suaminya yang juga seorang doktor iaitu Dr Hafiz.

Kata Lufya, dia bersyukur kerana Baby L  telah dilahirkan dalam keadaan sempurna dan cukup sifatnya.

“Untung baby L sebab bapanya sendiri yang potong tali pusatnya. Amboi anak bapak sangat-sangat,” katanya.

Lufya turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh keluarganya, keluarga Dr Hafiz, sahabat, penyokong industri dan pengikut yang sentiasa memberikan doa dan kata-kata semangat buatnya.

Lufya dan Baby L sudah pun selamat pulang ke rumah. Selamat berpantang Lufya!

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply