Selepas 10 Tahun, Akhirnya Hael Hussaini Sampai Ke Pentas AJL

Sebaik saja Jampi diumumkan sebagai antara 12 lagu yang layak menyertai Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32), penyanyi Hael Hussaini yang turut mencipta lagu itu bersama-sama dengan Ezra Kong tidak henti-henti tersenyum.

Tidak seperti penyanyi baru muda Khai Bahar, Haqiem Rusli, Wani Hasrita, Syamel dan Ara, laluannya untuk melangkah ke pentas AJL, tidaklah sesingkat mereka. Pastilah, senyuman dan kegembiraan itu sangat bermakna buat dirinya.

Ketika ditemui Jambu Batu Online, Hael akui, dia terpaksa ‘struggle’ untuk tempoh masa yang lama sebelum sampai pada kedudukan hari ini.

“Saya tidak punya apa-apa formula. Tapi, saya percaya sebagai seorang anak seni kita tidak boleh cepat putus asa. Jangan give up. Suati hari nanti rezeki itu akan datang juga.

“Jadi jangan sesekali putus asa untuk meraih cita-cita dan impian anda. Inilah prinsip yang saya pegang kerana bangun dan tidur saya, adalah muzik dan nyanyian. Ini adalah minat dan kecintaan saya.

“Selepas 10 tahun , akhirnya saya sampai juga ke pentas AJL 32. Terima kasih buat Ezra Kong sentiasa percaya dengan bakat dan diri saya.

“Selepas ini saya akan menulis lagu untuk artis-artis lain dan saya juga dalam proses  untuk keluar dengan single kedua saya juga. Tetapi, bukan kuantiti yang jadi keutamaan saya, sebaliknya kualiti,” katanya lagi.

 

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply