Komposer Baru Lebih Banyak Dominasi Pentas AJL32

 

Lebih ramai komposer baru yang dilihat mendominasi pentas Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32) . Itulah yang dapat disimpulkan apabila keputusan 12 lagu yang layak bertanding di pentas AJL 32, diumumkan pada malam tadi.

Hal ini dilihat cukup menarik. Malah, ia dilihat mampu membantu untuk mewujudkan ramai pelapis komposer baru, sekaligus menaikkan industri muzik tanah air kita.

Antara pelapis komposer muda yang menjadi perhatian adalah Gouffran & Ibnu serta penyanyi Syamel sendiri kerana 2 lagu ciptaan mereka menjadi pilihan juri untuk melangkah pentas AJL 32.

 

12 lagu yang layak bertanding itu adalah : –

  1. Akhirnya Cinta – (Ajai/Slen)  – Salma
  2. Bayang – Alam  (Harry Khalifah) /Patrick Anahoda)  –  Khai Bahar
  3. Sendiri – Faizal Tahir/Mike Chan – Azmi & Caliph Busker
  4. Amboi – Navigator/Altimet – Altimet
  5. Aku Yang Sebenarnya – M Nasir/Ad Samad (Hazama The Penglipurlara)
  6. Warkah Untukmu – Hand Nadim/Laq (Ara Johari)
  7. Separuh Mati Ku Bercinta – Ajai (Dayang Nurfaizah)
  8. Aku Terus Cinta – Syamel (Syamel/Ernie Zakri)
  9. Tergantung Sepi – Gouffran/Ibnu (Haqiem Rusli)
  10. Jampi – Hael Husaini /Ezra Kong (Hael Husaini)
  11. Menahan Rindu – Ibnu & Goufran (Wany Hasrita)
  12. Lebih Sempurna – Syamel (Syamel)

Kesemua 12 lagu yang diumumkan itu terpilih berdasarkan penilaian juri yang terdiri daripada AG Coco, Azmeer, Edrie Hashim, Helep Yap, LY, Pak Ngah dan Dato Mokhzani Ismail selaku ketua juri.

Pemilihan tersebut dibuat selepas menilai 30 lagu yang dipertandingkan dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik dilakukan dalam tiga bahagian sejak 29 Oktober, 5 November , termasuklah malam tadi.

Ia dipancarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral serta dikendalikan pengacara Sherry Al-Hadad dan Hefny Sahad.

Tahniah buat semua pemenang!

 

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply