Kerusi Urut RM20K Hadiah Hantaran Datuk Jalaluddin Hassan Buat Isteri

 

Tahniah team Jambu Batu Online ucapkan buat Datuk Jalaluddin Hassan, 63, kerana telah selamat mengakhiri zaman dudanya dengan menikahi adik kepada kawan baiknya sendiri iaitu Yong Rapidah Abdul Ghani, 44, pada tanggal 11.11.2017.

Pasangan yang segak mengenakan persalinan serba putih ini  telah pun sah menjadi pasangan suami isteri selepas kedua-duanya diijabkabulkan di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras semalam.

Rapidah menerima mas kahwin RM300 berserta lima dulang hantaran termasuklah sebuah kerusi urut harga RM20,000 dan berbalas 7 dulang hantaran kepada pihak pengantin lelaki.

Jalaluddin yang juga seorang pelakon serta bekas hos program Who Wants To be A Millionaire menduda hampir setahun selepas isteri yang tercinta, Hashimah Mad Ehsan meninggal dunia pada sekitar November tahun lalu akibat komplikasi penyakut paru-paru berair dan masalah buah pinggang.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.